Pengasas Afyaa Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (dua, kanan) bersama Pengarah Afyaa Azim Adnan (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada 25 orang anak yatim dari Rumah Penyayang Nur Iman, Setapak ketika hadir sempena Majlis Iftar bersama Afyaa di Perdana Botanical Gardens hari ini.
Bagi menyemarakkan semangat bersedekah dalam bulan Ramadan Afyaa Sdn Bhd (Afyaa) telah bekerjasama dengan MyFundAction untuk menyumbang kepada tiga pertubuhan amal sepanjang bulan Ramadan.
Sumbangan itu melibatkan sejumlah RM10,000 yang telah bermula sejak 13 April lalu melibatkan Persatuan Bagi Orang Buta (MAB), Pusat Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) OKU.
Dalam program hari ini Afyaa turut menjamu seramai 25 orang anak yatim dari Rumah Penyayang Nur Iman, Setapak di samping meraikan kira-kira seramai 200 pengedar dari seluruh Malaysia. - Foto Bernama