KUALA LUMPUR - Seramai 94 pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu kota dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa peralihan ke endemik pada, Isnin.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, kompaun sebanyak RM 1,000 turut dikeluarkan ke atas pemilik premis itu.
Iklan
Iklan
"Hasil risikan mendapati pusat hiburan tersebut beroperasi dengan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) yang masih lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Azman berkata, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan dalam serbuan Op Aidilfitri Pematuhan SOP Covid 19 itu adalah sebanyak RM95,000.
"Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan bagi meminimumkan kadar jangkitan Covid 19 yang masih tinggi ketika ini demi kesejahteraan masyarakat bersama," katanya.