Zionis tahan doktor Palestin

Iklan
Suzan ditahan pasukan keselamatan Israel.

RAMALLAH - TEBING BARAT. Pasukan keselamatan Israel menahan seorang doktor Palestin di kawasan kejiranan Tel Rumeida di Tebing Barat, semalam.

Sumber tempatan berkata, doktor terbabit dikenali sebagai Suzan Al-Sulaima telah ditahan selama hampir sejam berhampiran pos pemeriksaan Kota Lama Hebron.

Iklan
Iklan

Ia menambah, doktor terbabit kemudian dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Malah, alasan penahanannya juga tidak jelas.

Iklan

Difahamkan, Tel Rumeida terletak di dalam kawasan H2 yang ditadbir sepenuhnya oleh tentera Isreal.

Penduduk Palestin yang menetap di kawasan H2 sering berdepan karenah birokrasi Zionis apabila terpaksa melalui hampir 20 pos pemeriksaan termasuk jika mahu memasuki Masjid Ibrahimi.

Iklan

Manakala, pendatang Yahudi diberi kebebasan seperti memandu kenderaan dan membawa senjata api. - Maan