Atira, Nuramirah bakal cipta nama di Jerman

Iklan
Gambar (kiri): Nuramirah Shakirah, (kanan) Nur Atira

KUALA LUMPUR - Dua pemain hoki muda wanita negara Nur Atira Mohamad Ismail dan Nuramirah Shakirah Zulkifli berpeluang mencipta nama di bumi Eropah apabila diberikan peluang menyarung jersi kelab Jerman, Bremer Hockey-Club bermula Ogos depan.

Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan hubungan baik antara pemilik Hockademy Datuk Seri Megat D Shahriman Zahiruddin dengan kelab hoki di Eropah khususnya di Jerman berjaya membuka peluang bagi pemain berbakat besar dari Malaysia untuk bermain serta menimba pengalaman berharga dari kelab di sana.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Megat D Shahriman menyifatkan Atirah dan Nuramira sebagai pemain berdisiplin tinggi serta sangat berbakat dan seharusnya diberikan peluang beraksi bagi meraih pengalaman berharga di luar negara.

"Dengan kematangan dan pengalaman bermain di pelbagai negara, Datuk Seri percaya mereka berdua bakal menjadi aset penting untuk sukan hoki negara satu hari nanti,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, pujian juga harus diberikan juga kepada Bremen Hockey-Club yang percaya dengan potensi pemain muda Malaysia untuk beraksi bersama mereka.

Nur Atira dan Nuramirah dijangka berkelana di Jerman bermula 1 Ogos hingga 31 Mei 2023. - Bernama

Iklan