SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.
Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu. - Bernama