Banjir di KL: Tiga rancangan jangka masa panjang KASA

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Twitter Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempunyai tiga perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah keseluruhan perancangan projek tersebut adalah sebanyak RM366 juta.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, antaranya adalah Rancangan Tebatan Banjir Upper Sungai Klang sebanyak RM44 juta, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus sebanyak RM300 juta dan Projek Pemodelan Pengurusan Empangan Batu dengan peruntukan RM22 juta.

"Bagi perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur, KASA akan melaksanakan projek seperti berikut,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat selepas hujan lebat menyebabkan kesesakan trafik teruk berlaku.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Twitter memaklumkan beberapa jalan ditenggelami air, termasuk Jalan Pudu, Jalan Kuching dan Jalan Ampang.

Iklan