KUALA LUMPUR - Tapak pelupusan mercun di Sentul Work dekat sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan operasi pemadaman sedang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.