Industri pengangkutan dibantu, rancak semula ekonomi: Noh

Iklan
Noh Omar

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan terus membantu usaha merancakkan industri pengangkutan yang terjejas sejak dua tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, industri itu dilihat mempunyai peluang untuk berkembang dengan lebih pesat di masa hadapan.

Iklan
Iklan

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan bagi tujuan itu adalah dengan pelancaran produk pembiayaan baharu yang dikenali sebagai pembiayaan Sewa Beli Komersial-i oleh Bank Rakyat baru-baru ini, bagi membantu memperkukuh sosioekonomi usahawan.

Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i ialah produk pembiayaan yang diperkenalkan untuk memenuhi keperluan usahawan untuk mendapatkan kenderaan komersial atau peralatan baru.

Iklan

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pengoperasian empat buah lori baharu syarikat Mesra Indah Jaya Transportation (MIJ), di Depoh Mesra Transportation, Dataran Pahlawan, pada Selasa.

MIJ merupakan sebuah syarikat 100 peratus bumiputera yang telah diberi kepercayaan dalam membuat penghantaran ubat-ubatan dan vaksin bersama pihak Pharmaniaga.

Iklan

MIJ dalam kenyataan berkata syarikat itu turut membuat penghantaran bahan-bahan mentah Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut ke Lembah Klang, Utara dan Selatan semenanjung.

"Penghantaran ke Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan tidak dapat dipenuhi buat masa ini kerana lori tidak mencukupi untuk menampung permintaan dari syarikat KFC dan Pizza Hut,” menurut kenyataan itu. - Bernama