SHAH ALAM - Penguat kuasa didakwa tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan kepada pelaku jenayah scam ke muka pengadilan.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jenayah tersebut sedang merebak dengan cepat di dalam negara ini.
"Operasi jenayah scam sedang merebak dengan cepat. Seorang mangsa habis RM75,000 daripada akaun Tabung Haji.
"Mangsa ke pejabat saya pagi tadi mengeluh pucat, lesu, menangis kehilangan duit.
Penguat kuasa nampak tidak mampu lagi menapak dan mengheret mereka ke muka keadilan. Buat cara rakyat,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitternya pada Selasa.
Dalam ciapan balas, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempersoalkan mengapa gejala tersebut tidak dihadapkan ke mahkamah.
"Kalau aliran wang dari SRC International dan 1MDB kita tahu pergi ke mana, masuk ke akaun siapa, dan mereka yang terlibat boleh dihadap ke mahkamah.
"Mengapa kepala-kepala 'scamme'r masih tidak dihadapkan ke mahkamah? Lacuna in the law (tiada undang-undang jelas)? Atau?” soalnya.