SUV milik guru Muslim jadi sasaran Islamofobia di Sydney

Iklan
Kenderaan milik guru wanita beragama Islam di Sydney yang menjadi sasaran Islamofobia.

CANBERRA- AUSTRALIA. Sentimen rasis dan Islamofobia semakin meningkat di Sydney dan dalam kejadian terbaharu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik seorang guru menjadi sasaran anti-Islam.

Guru wanita yang mengajar di barat Sydney itu terkejut apabila mendapati kenderaannya dipenuhi sampah selepas tamat sesi persekolahan pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Lebih menjijikkan, keempat-empat pemegang pintu SUV tersebut disumbat dengan tuala wanita.

Perbuatan keji itu berlaku kurang seminggu selepas serangan pengganas di New Zealand yang meragut 50 nyawa.

Iklan

Sumber rapat memberitahu, pelaku berkemungkinan penduduk di kawasan kejiranan itu yang mempunyai perasaan anti-Islam membuak-buak.

Polis dipanggil ke lokasi kejadian namun setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Iklan

Difahamkan, nama kawasan kejiranan dan sekolah tempat wanita itu mengajar dirahsiakan bagi mengelak situasi bertambah tegang. - Agensi