SHAH ALAM - 13 orang diumumkan sebagai pemenang bertuah Peraduan Beli dan Menang Duit Raya Alzara 2022 yang merupakan tahun kedua peraduan anjuran Alzara Foods Sdn Bhd bersama Sinar Harian.
Pemenang bagi peraduan yang berlangsung bermula 1 April hingga 18 April lalu itu diumumkan pada acara Finale Peraduan Beli dan Menang Duit Raya Alzara 2022 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM10,000, pemenang peraduan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu tiga hadiah utama bernilai RM3,500 (tempat pertama), RM2,500 (tempat kedua) dan RM1,500 (tempat kedua) serta 10 hadiah sagu hati berjumlah RM250 seorang.
Cabutan bertuah itu dilakukan oleh Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Harian, Airol Fadley Limin dan Pengurus Kumpulan Pengiklanan, Hilmon Abdul Majid, manakala dihoskan Pegawai Integrasi Penjenamaan Sinar Harian, Mohd Shafiq Affandy Ali.
Turut serta pada acara berkenaan, Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan serta Promosi Alzara, Syed Zainul Alhady.
Syed Zainul berkata, pihaknya sangat menghargai pembeli minyak sapi Alzara yang sudah pun menapak sejak lima tahun lalu, sehingga menjadi minyak sapi pilihan nombor satu Keluarga Malaysia.
"Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada 13 pemenang peraduan. Terima kasih kerana menyokong produk alzara sehingga kami mencapai ke tahap ini.
"Insya-ALLAH kita akan kembali lagi pada masa hadapan dengan menawarkan lebih banyak hadiah yang lebih menarik kepada penyokong dan pembeli minyak sapi Alzara sebagai ganjaran.
"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sinar Harian yang bersama kami mempromosikan minyak sapi Alzara ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Syed Zainul berkata, antara kelebihan minyak sapi Alzara adalah dari segi harga yang mana merupakan antara yang terendah dijual di pasaran. Bagaimanapun katanya, kualiti cita rasa minyak sapi yang tulen dikekalkan.
Malah katanya, minyak sapi ini Alzara unik kerana boleh digunakan untuk pelbagai masakan.
"Tidak semestinya sekadar menumis, membuat nasi minyak atau nasi beriani. Minyak sapi ini juga boleh dibuat biskut raya,” katanya.
Sementara itu Airol Fadley berkata, sepanjang peraduan itu berlangsung, kerjasama yang diberikan pihak Alzara kepada Sinar Harian sangat baik.
"Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan daripada kami kepada Alzara kerana setia dua tahun bersama Sinar Harian.
"Projek seumpama ini boleh diteruskan lagi untuk masa akan datang bagi memberikan ganjaran kepada pembaca Sinar Harian dan juga penyokong Alzara.
"Semua maklum rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, selain pendapatan berkurangan, malah ada yang hilang kerja. Ini merupakan inisiatif untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
HADIAH UTAMA
Tempat pertama (RM3,500) - Baizurah Bebakar, Kelantan
Tempat kedua (RM2,500) - Nor Azreen Ahmad, Kuala Lumpur
Tempat ketiga (RM1,500) - Aliff Irsyaduddin Ahmad Fauzi, Perak
SAGU HATI
1. Yusuf Amin Ismail, Terengganu
2. Mohamad Fuad Ahmad, Perak
3. Muhammad Fitri Shamshudin, Selangor
4. Yacob Shamsudin, Perak
5. Zaleha Abdul Majid, Johor
6. Badly Rashid, Negeri Sembilan
7. Khairilizwan Abdul Hadi, Selangor
8. Mohd Khairmurni Yusop, Kedah
9. Zaleha Idris, Selangor
10. Rohaini Ab Malik, Selangor