Manchester City bawa bekalan satu gol ke Madrid

Iklan
De Bruyne antara penjaring gol Manchester City dalam perlawanan di Stadium Etihad itu.

BINTANG sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne mencipta sejarah tersendiri Liga Juara-Juara selepas gol awalnya untuk The Citizens dalam perlawanan menentang Real Madrid menjadi jaringan terpantas pada separuh akhir kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut.

City, yang memburu tempat ke perlawanan akhir untuk musim kedua berturut-turut, menikmati permulaan sempurna di Stadium Etihad apabila De Bruyne meletakkan skuad asuhan Pep Guardiola terlebih dulu di depan pada minit kedua.

Iklan
Iklan

Gol tonggak Belgium itu merupakan jaringan terpantas dalam Liga Juara-Juara musim ini, sekali gus mengatasi rekod Joshua Kimmich, sebelum ini pada minit ketiga semasa perlawanan Bayern Munich menentang Madrid pada Mei 2018.

Gol itu ternyata menyuntik semangat tuan rumah apabila Gabriel Jesus melebarkan kedudukan dengan gol kedua Manchester City pada minit ke-11'.

Iklan

Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti kembali semula ke dalam perlawanan apabila Karim Benzema meledak gol pertama pelawat pada minit ke-33' sebelum Vinícius Júnior menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun Manchester City yang memburu bekalan selesa kembali semula di depan menerusi jaringan minit ke-53' Phil Foden diikuti jaringan Bernardo Silva di minit ke-74' sebelum Benzema sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada tuan rumah dengan gol di minit ke-82', untuk kedudukan 3-4.

Iklan