Israel lancar serangan peluru berpandu dekat Damsyik

Iklan
Israel pernah melancarkan banyak kali serangan peluru berpandu ke atas Syria sejak tahun 2011. - Foto AFP

DAMSYIK - Syria berjaya memintas serangan peluru berpandu Israel dekat bandar raya Damsyik, lapor agensi berita rasmi SANA pada Rabu.

"Pertahanan udara kami menghadapi pencerobohan Israel di pinggir Damsyik," kata agensi berita Syria itu tanpa memberikan butiran lanjut tambahan.

Iklan
Iklan

Koresponden AFP di ibu negara Syria itu turut mendengar letupan yang kuat.

Setakat ini tiada laporan tentang kematian atau kecederaan dilaporkan.

Iklan

Sejak perang saudara meletus di Syria pada tahun 2011, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara di dalam negara itu.

Ia menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong oleh Iran dan pejuang Hizbullah.

Iklan

Walaupun Israel jarang mengulas mengenai serangan ke atas Syria, ia telah mengaku terdapat peningkatan serangan di negara tersebut sejak tahun 2011. - Agensi