Op Lancar di 'hotspot' kesesakan aliran lalu lintas

Iklan
Acryl Sani

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan Op Lancar di 'hotspot' yang djangka akan berlaku kesesakan aliran lalu lintas pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan kembali semula selepas tamat musim perayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seluruh jentera Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan melibatkan anggota-anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) serta rondaan bit, akan diatur gerak secara holistik dan sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan-jalan negeri serta perbandaran.

Iklan
Iklan

"Pengguna jalan raya diminta peka dengan informasi terkini mengenai aliran trafik di media sosial rasmi JSPT yang dapat membantu masyarakat merancang perjalanan masing-masing.

"Pengguna jalan raya juga perlu berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalahguna lorong kecemasan atau memarkir kenderaan sehingga menghalang laluan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Acryl Sani berkata, pihaknya juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik, dengan berkongsi video serta gambar kepada JSPT agar tindakan lanjut dapat diambil.

"Melalui Op Selamat 18, kita komited untuk memastikan masyarakat dapat merayakan sambutan Aidilfitri dalam suasana kekeluargaan demi kesejahteraan dan selamat sepanjang perjalanan.

Iklan

"Kerjasama orang ramai sepanjang tempoh operasi ini akan memastikan keselesaan buat pengguna jalan raya dan kelancaran aliran trafik," ujarnya.

PDRM telah melancarkan Ops Selamat 18 sempena Aidilfitri 2022 pada Selasa, fokus utama adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar bagi pengguna jalan raya.

Selain itu, PDRM mahu memastikan keselamatan harta benda/premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan dan meminimumkan kes kemalangan.