'Manchester City setaraf Real Madrid'

Iklan
Foden (tengah) meraikan jaringannya ketika bantu City tewaskan Real di Stadium Etihad awal pagi tadi. Foto: Twitter Manchester City

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika menewaskan Real Madrid 4-3 dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Sepanyol sedikit kecewa dengan anak buahnya apabila membiarkan gawang mereka dibolosi selain tidak menggunakan peluang yang ada untuk menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia perlawanan yang hebat untuk kedua-dua pasukan. Kami berjaya beraksi dengan baik sama ada ketika kami memegang bola atau dengan tanpa bola di kaki, dan tidak berhenti untuk mencipta peluang demi peluang untuk menjaringkan gol.

"Bagaimanapun, di sebalik aksi hebat itu, mereka membiarkan gawang dibolosi lawan dan mensia-siakan peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan ini.

Iklan

"Apapun, kami berterima kasih kepada Carlo (Ancelotti) kerana beri saingan sengit pada perlawanan ini. Kami berasakan kami sudah setanding mereka di pentas Eropah,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, City, yang memburu tempat ke perlawanan akhir untuk musim kedua berturut-turut, menikmati permulaan sempurna di Stadium Etihad apabila De Bruyne meletakkan skuad asuhan Pep Guardiola terlebih dulu di depan pada minit kedua.

Iklan

Gol tonggak Belgium itu merupakan jaringan terpantas dalam Liga Juara-Juara musim ini, sekali gus mengatasi rekod Joshua Kimmich, sebelum ini pada minit ketiga semasa perlawanan Bayern Munich menentang Madrid pada Mei 2018.

Gol itu ternyata menyuntik semangat tuan rumah apabila Gabriel Jesus melebarkan kedudukan dengan gol kedua Manchester City pada minit ke-11.

Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti kembali semula ke dalam perlawanan apabila Karim Benzema meledak gol pertama pelawat pada minit ke-33' sebelum Vinícius Júnior menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun Manchester City yang memburu bekalan selesa kembali semula di depan menerusi jaringan minit ke-53' Phil Foden diikuti jaringan Bernardo Silva di minit ke-74' sebelum Benzema sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada tuan rumah dengan gol di minit ke-82', untuk kedudukan 4-3 kekal hingga wisel penamat.