TEMERLOH -"Hadiah Aidilfitri paling bermakna buat kami," kata seorang ibu tunggal, Norfadilah Ahmad,39, yang menerima sebuah Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000.
Ibu kepada anak lelaki tunggal berusia 17 tahun itu bersyukur kerana menerima sebuah rumah yang siap dibina sepenuhnya oleh kerajaan negeri pada Februari lalu.
Menurutnya, rumah tersebut sangat bermakna buatnya yang sebelum ini hanya menumpang bersama keluarganya di Bukit Kelulut dekat ini.
"Saya anggap ia rezeki buat saya dan anak selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
"Buat masa ini saya belum memasuki rumah itu lagi kerana sedang menyiapkan keperluan lain. Mungkin lepas raya kami akan tinggal di sana," katanya kepada Sinar Harian.
Dia ditemui sempena majlis penyerahan replika kunci rumah terbabit yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin pada Selasa.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana nasib saya turut mendapat perhatian. Kalau saya nak bina sendiri memang tak mampu," ujarnya.
Sementara itu, Nor Azmi memberitahu, pembinaan rumah itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.