Pengusaha ikan sangkar didenda RM45,000 gagal bekal jaket keselamatan

Iklan
Gambar hiasan.

KLANG - Sebuah syarikat pengusaha ikan sangkar didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana gagal membekalkan jaket keselamatan sehingga menyebabkan seorang pekerjanya lemas di laut tahun lalu.

Penasihat syarikat yang hadir bagi pihak Syarikat KS Aquaculture Sdn Bhd dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa sebagai majikan didapati gagal menjalankan kewajipan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja iaitu tidak membekalkan jaket keselamatan semasa aktiviti kerja mengikat tong biru.

Ia dijadikan sebagai pelampung pada bingkai sangkar ternakan ikan sehingga seorang pekerjanya maut akibat lemas selepas terjatuh ke laut.

Iklan

Kesalahan dilakukan di petak SLS-45 bersebelahan Pulau Klang, di sini pada jam 4 petang, 16 September 2021.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, Mohamad Firdaus Abu Hassan manakala syarikat itu diwakili peguam daripada Tetuan Sandosh Anandan.

Iklan

Syarikat KS Aquaculture Sdn Bhd yag diwakili penasihat syarikat itu, dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.