Keluarga mendiang Nagaenthran mahu bertenang

Iklan
Keadaan rumah mendiang Nagaenthran Dharmalingam di Taman Indah, Tanjung Rambutan. Gambar kecil: Nagaenthran

IPOH - Keluarga mendiang Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura pada Rabu memohon semua pihak memberi ruang dan waktu untuk mereka bertenang.

Rakan terdekat keluarga yang mahu dikenali sebagai Mani berkata, ahli keluarga terbabit terutama ibu mendiang, S Panchalai, belum bersedia untuk berkongsi kesedihan akan kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Ibu mendiang yang baru tiba dari Singapura enggan diganggu ketika ini. Buat masa ini beri mereka masa.

"Urusan membawa balik mayat Nagaenthran diuruskan abangnya yang masih berada di sana. Datang kembali ke sini untuk bertemu ibu atau adik-beradik mendiang," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah keluarga di Taman Indah, Tanjung Rambutan di sini.

Iklan

Mayat mendiang dijangka tiba di rumah keluarganya kira-kira 11 malam.

Menurut Mani, upacara pengebumian mendiang akan diadakan Jumaat ini.

Iklan

"Namun setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai lokasi upacara itu sama ada di Bercham atau Buntong," katanya.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

Nagaenthran, 34, dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura, yang diketahui antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Dia sepatutnya dihukum gantung pada 10 November 2021, tetapi memperoleh penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah diberitahu dia positif Covid-19 ketika hadir untuk percubaan rayuan terakhir terhadap hukuman matinya.

Pada 7 November 2021, dilaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong memohon kelonggaran dalam kes itu.

Sementara itu, pada 3 Disember, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya.