Emir Qatar, Mahathir adakan perbincangan di Putrajaya

Iklan
Tun Dr Mahathir bersama Sheikh Tamim Hamad Al Thani (kanan) ketika menerima kunjungan Emir Qatar itu di pejabatnya di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan di sini yang dimulakan dengan mesyuarat empat mata.

Kedua-duanya kemudian menghadiri mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang berlangsung di bangunan Perdana Putra di sini.

Iklan
Iklan

Emir Qatar itu tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari. Pertama kali beliau melawat negara ini ialah pada Oktober tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata lawatan itu merupakan pertemuan rasmi pertama Sheikh Tamin dan Dr Mahathir sejak pertukaran kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Iklan

Menurut Wisma Putra, lawatan itu dilihat menyediakan peluang terbaik untuk kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu dua hala serta saling bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijadual menghoskan jamuan tengah hari bagi meraikan lawatan Emir Qatar itu di Seri Perdana hari ini. - Bernama

Iklan