Jenazah Meriammah dikebumikan esok

Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan penemuan mayat seorang wanita di Jalan Lama Bukit Putus pada 20 Mac lalu.

SEREMBAN - Jenazah wanita yang dipercayai dibunuh sebelum mayatnya ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus di sini pada 20 Mac lalu akan dikebumikan pada Khamis.

Jenazah Meriammah Abdullah Basam, 29, akan diuruskan oleh Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK).

Iklan
Iklan

Menurut pengasas PSSK, jenazah wanita berkenaan akan dituntut di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku (HTJ) jam 9 pagi selepas mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk menguruskannya.

"Ia adalah permintaan keluarga arwah sendiri yang mana telah menghubungi kami menerusi sebuah pertubuhan anak Sarawak.

Iklan

"Kami akan membawa jenazah ke Petaling Jaya, Selangor selepas jenazahnya dituntut di HTJ dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, PJS 7, kira-kira jam 11 pagi," katanya ketika dihubungi media pada Rabu.

Ujarnya, proses pengebumian jenazah wanita itu akan dilakukan mengikut prosedur pesakit Covid-19 susulan dia disahkan positif sebelum ini.

Iklan

Selain itu katanya, semua kos pengangkutan dan pengurusan pengebumian akan ditanggung PSSK.

"Kami akan menjalankan amanah diberikan pihak keluarga kepada kami sebaik mungkin," katanya.

Sinar Harian pada 20 Mac lalu melaporkan seorang lelaki yang mahu sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus, di sini.

Susulan kes itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

Pada 7 April lalu polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud, di sini, pagi tadi, selepas operasi pencarian dilakukan sejak 28 Mac lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat Meriammah.