Virus Covid-19 masih wujud, orang ramai perlu berhati-hati

Iklan
Gambar hiasan.

ORANG ramai seharusnya terus berhati-hari di sebalik pengumuman imbasan kod QR MySejahtera sudah tidak diwajibkan mulai 1 Mei ini dan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di luar bangunan.

Ini kerana virus Covid-19 masih wujud dalam komuniti walaupun banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) telah diumumkan oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

Kawalan kendiri itu amat perlu kepada setiap orang bagi mencegah berlakunya peningkatan jangkitan virus Covid-19 di negara ini.

Kita tidak mahu kelonggaran yang diberikan pada masa ini akan diperketatkan semula sekiranya jangkitan Covid-19 meningkat.

Iklan

Pelbagai kesan daripada segi ekonomi, sosial dan individu itu sendiri akan berlaku sekiranya SOP ini diperketatkan semula.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila seseorang memasuki premis atau tempat-tempat awam bermula 1 Mei ini.

Iklan

Bagaimanapun katanya, orang ramai diminta supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.

"Individu dengan status berisiko tinggi pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO), tidak dibenarkan masuk ke premis," katanya.

Selain itu, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing, berkuat kuasa 1 Mei ini.

Katanya, langkah tersebut dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti dan melakukan semakan semula ke atas langkah-langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 yang boleh dilaksanakan semasa dalam fasa peralihan ke endemik.