Badan kehakiman mesti bebas sepanjang masa

Iklan
Kenyataan media Majlis Presiden PH

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengingatkan kerajaan mengenai kebebasan badan kehakiman yang perlu bebas sepanjang masa seperti yang dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU).

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama berkata, Perkara 4.1 di dalam MoU di antara kerajaan Persekutuan dan PH itu menyatakan secara jelas mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut mereka, badan kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara, hukum dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat.

"Majlis Presiden PH menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman agak keterlaluan.

Iklan

"Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya pada Khamis.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Iklan

Pada Rabu, Tun Tengku Maimun berpandangan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman sejak beberapa kebelakangan ini adalah agak keterlaluan.

Menurut Ketua Hakim itu, rakyat terutama ahli politik, bebas untuk mengkritik namun tidak bermakna boleh menyerang institusi itu dengan tuduhan tidak berasas demi kepentingan tertentu.