PATI mengaku warga tempatan elak dicekup

Iklan
Imigresen menahan 248 PATI dalam Ops Belanja di sekitar Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Helah pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk melepaskan diri dengan mengaku sebagai rakyat Malaysia gagal apabila diminta menunjukkan kad pengenalan yang sah.

Itu antara cubaan segelintir PATI yang dikesan semasa ditahan menerusi Ops Belanja di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi ini berjaya menahan 248 PATI membabitkan 205 lelaki dan 43 wanita.

"Daripada jumlah itu, 109 orang adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 139 lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah yang merangkumi warga Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat operasi terbabit.

Iklan

Beliau berkata, Imigresen turut mengesan tiga warga Pakistan yang mempunyai kad UNHCR walaupun negara itu bukanlah negara yang termasuk di dalam penggunaan kad terbabit.

Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam Ops Belanja di sekitar Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya, selepas disemak, kad berkenaan adalah tulen dan siasatan lanjut akan dijalankan bagaimana tiga warga Pakistan itu boleh mempunyai kad UNHCR.

Iklan

"Ketika serbuan dilakukan ada di antara PATI ini mengaku sebagai rakyat Malaysia. Namun, apabila pemeriksaan kad pengenalan dilakukan, mereka gagal membuktikannya. Selain itu, ada juga PATI yang cuba melarikan diri namun berjaya ditahan," katanya.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, operasi terbabit dilakukan selepas menerima rungutan orang ramai mengenai warga asing berkenaan yang berniaga secara haram di tepi jalan berhampiran pasar itu.

"Kebanyakan warga asing ini adalah orang yang sama dan pernah ditahan di dalam beberapa siri serbuan dilakukan di kawasan terbabit.

"Mereka (warga Myanmar) ini dikesan menjual sayur dengan harga murah kerana mendapat bekalan sayur yang dibuang oleh pemborong," katanya.