Presiden baharu Korea Selatan anjur sidang kemuncak dengan Biden

Iklan
Suk Yeol (kiri), Biden - Foto Koreajoongang Daily

SEOUL - Presiden baharu Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan mengadakan sidang kemuncak dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Seoul pada 21 Mei.

Biden dijadual mengadakan lawatan sulungnya ke Korea Selatan dari 20 hingga 22 Mei, sejak dipilih memegang jawatan pada Januari tahun lepas, menurut jurucakap Yoon Bae Hyun Jin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Lawatan itu di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak akibat ujian peluru berpandu Korea Utara.

"Presiden Yoon merancang mengadakan perbincangan dengan Biden mengenai pelbagai isu, termasuk mewujudkan pakatan dan kerjasama Korea Selatan-AS mengenai dasar Korea Utara, selain isu ekonomi serta keselamatan serantau dan antarabangsa.

Iklan

"Kami menjangkakan titik bersejarah akan tercipta dalam membangunkan lagi pakatan strategik komprehensif kedua-dua negara," kata pegawai itu.

Yoon percaya, lawatan Biden akan menjadi 'peluang baik' untuk pakatan antara dua negara 'diperkukuh secara menyeluruh'.

Iklan

Menurut Rumah Putih, Presiden AS dijadual mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun dari 20 hingga 24 Mei. - Bernama