Muhammad Haziq Zulkifli, 25, menghasilkan percikan seperti bunga api apabila memusingkan berus periuk halus yang telah dinyalakan dengan berlatarbelakangkan mercu tanda Pulau Pinang iaitu Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) menjelang Hari Raya Aidilfitri malam tadi. Berus periuk halus berkenaan diikat pada dawai panjang sebelum dibakar dan dipusing laju bagi menghasilkan nyalaan seperti bunga api. Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah. - Foto Bernama
Percikan bunga api
Iklan