Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri dilanjutkan

Iklan
Alexander (kanan) menunjukkan poster larangan penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing sewaktu melakukan lawatan kerja di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada Khamis.

JOHOR BAHRU- Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMKM) Hari Raya Puasa (HRP) yang dijadualkan berakhir pada 6 Mei ini dilanjutkan selama empat hari lagi sehingga 10 Mei nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelanjutan skim itu dibuat susulan permintaan yang diterima.

Iklan
Iklan

Kita menerima maklumat masyarakat umum merayu supaya SHMMP HRP 2022 dipanjangkan lagi.

"Ini kerana ramai beranggapan SHMMP HRP 2022 yang tamat sehingga 6 Mei ini, iaitu selepas tiga Aidilfitri tidak mencukupi kerana mereka masih perlu membeli barangan kerana ramai masih bercuti untuk berhari raya.

Iklan

"Oleh yang demikian, kerajaan memutuskan menambah empat hari lagi tempoh SHMMP HRP 2022 yang bermula 26 April lalu kepada 10 Mei nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan di Stesen Minyak Petronas di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada Khamis.

Iklan

Pada 21 April lalu, sebanyak 22 jenis barangan dilaporkan ditetapkan dijual pada harga maksimum melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2022 bermula 26 April hingga 6 Mei ini.

Alexander dilaporkan berkata, ia membabitkan barangan bagi kategori hasil laut, barangan kering, daging lembu dan kerbau serta sayuran.

Turut dikuatkuasakan dalam SHMMP HRP 2022 adalah enam barangan harga terkawal bagi penentuan harga ayam dan telur ayam yang ditetapkan sebelum ini.

Senarai barangan dikawal membabitkan daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang), daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import (Harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan Labuan sahaja).

Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kilogram (kg) ) ikan selayang (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kg), ikan aya atau tongkol (berat antara seekor hingga dua ekor setiap kg), ikan demudok atau sagai/ cermin/ cupak (Sabah sahaja).

Sayuran-sayuran pula membabitkan tomato, cili merah, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), kacang panjang, terung panjang, timun, halia tua import, bawang merah besar import, bawang besar Holland, bawang putih (China), ubi Kentang Import (China), cili kering, kacang tanah, kelapa biji (borong sahaja), dan kelapa parut (runcit sahaja).