KUALA LUMPUR - Sebanyak 200 set Domino’s Kasih & Piza bernilai RM42,000 berjaya diedarkan kepada golongan kurang bernasib baik sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino's Pizza, Linda Hassan berkata, program Domino’s Kasih & Piza telah menjadi sebahagian daripada program amal mereka sejak dua tahun lalu.
"Program ini membolehkan masyarakat menyumbang melalui pesanan yang dibuat lebih awal dengan penghantaran boleh dilakukan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Linda berkata, sejak pelancaran Domino's Kasih & Piza, ia telah menyumbang kepada ramai individu termasuk kelompok komuniti setempat.
"Ini termasuk petugas barisan hadapan, pengawal keselamatan, rumah kebajikan, ibu tunggal, orang kurang upaya, golongan kurang berkemampuan, serta rakan dan keluarga di seluruh Malaysia.
"Set ini turut diagihkan kepada Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad,Kota Damansara, Rumah Anak Yatim Cahaya Mahkota, Pondok Shihabuddin Watahfizul Quran, dan Rumah Amal Al-Firdaus,” katanya.
Menurutnya, program 'Kasih & Piza' boleh dipilih menerusi set hidangan 'Kasih & Piza' melalui penjimatan iaitu RM30 (Jimat RM27.30), RM50 (Jimat RM48.70) dan RM100 (Jimat RM110.20).
"Semua set 'Kasih & Piza' didatangkan dengan sisi, seperti Breadstix atau Cinnastix, bersama dengan Roasted Chicken Drummets dan untuk set yang lebih besar ia didatangkan tambahan dengan dua botol minuman ringan 1.5 liter,” katanya.
Tambahnya lagi, untuk membuat pesanan, gunakan kod promo di www.dominos.com.my pada halaman promosi & kupon menggunakan kod KKP1 (RM30), KKP2 (RM50) atau KKP3 (RM100).
"Set hidangan ‘Kasih & Piza’ boleh ditempah dalam talian melalui laman web atau aplikasi mudah alih Domino, potong Q atau secara pandu lalu,” katanya.