BILOXI (Mississippi) - Empat maut dalam dua kejadian tembakan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut polis.
Dalam kejadian di sebuah motel, tiga mangsa terbunuh selepas ditembak oleh penyerang dikenali Alexander Reynolds.
Suspek yang berusia 32 tahun itu turut dilaporkan terbunuh.
Seorang saksi memberitahu WLOX-TV mangsa yang maut itu terdiri pemilik motel, pekerja dan tetamu.
Menurut anak perempuan pekerja motel itu, kejadian berlaku akibat pertengkaran mengenai duit antara penyerang dengan mangsa.
Koroner Brian Switzer berkata, mangsa dikenal pasti sebagai pemilik motel dan pekerjanya serta tetamu motel.
Penyerang kemudian melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan menembak seorang lagi mangsa di Gulfport.
William Waltman, kakitangan Gulfport berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital. - Bernama