4.7 juta kenderaan di jalan raya sempena Aidilfitri

Iklan
Kenderaan menghala ke arah pantai timur dilihat mulai sesak berhampiran Plaza Tol Bentong ketika tinjauan kira-kira jam 5 petang hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, kenderaan-kenderaan itu dijangka akan mula bergerak secara berperingkat bermula Jumaat.

Iklan
Iklan

Katanya, polis bersiap sedia bagi melakukan pemantauan dan penugasan untuk membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang berhari raya.

"Kami menjangkakan antara dua hingga 4.7 juta kenderaan yang akan mula menggunakan jalan raya dan lebuh raya secara bertali arus

Iklan

"Kami menasihatkan pengguna supaya berhati-hati semasa memandu di jalan raya agar dapat pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Khamis.

Shafien (kiri) menyampaikan Buku Memoir Shafien Mamat kepada kepada Muhamad Zaki (kanan) di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Khamis. PHOTO: SINAR HARIAN

Sebelum itu, turut diadakan Majlis Penyerahan Buku Memoir Shafien Mamat daripada Shafien kepada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua polis daerah.

Iklan

Shafien, 60, yang bertugas sebagai Pegawai Kanan Polis selama 38 tahun bersara bermula 30 April ini.

Mat Kasim turut meminta pengguna jalan raya agar lebih bertolak ansur ketika memandu pulang ke kampung bagi mengelakkan kemalangan atau maut.

"Polis akan sentiasa bertugas untuk memastikan kelancaran trafik dan memberi kemudahan kepada masyarakat semasa pulang berhari raya,” katanya.

.