Terapkan ilmu agama, sifat taqarrub jauhi rasuah

Iklan
Muhammad Ammar

SHAH ALAM - Masyarakat terutamanya umat Islam digalakkan supaya terapkan diri dengan ilmu agama serta sifat taqarrub bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala rasuah di negara ini.

Qari dan Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 2021, Muhammad Ammar Mukhlis berkata, sifat taqabbur itu amat penting supaya umat Islam sentiasa bersyukur dengan nikmat yang mereka perolehi.

Iklan
Iklan

"Taqarrub ini maknanya kita tempatkan diri kita ini dengan ALLAH SWT. Maknanya kita dengan ALLAH SWT ini, tidak ada rasa curiga ataupun apa-apa masalah yang menimpa, kita akan mengadu kepada Tuhan.

"Kita perlu tanamkan sifat taqarrub iaitu sentiasa bersyukur untuk kita rasa macam apa yang kita ada ini mencukupi.

Iklan

"Kalau dalam diri kita ini tidak pernah ada rasa cukup dan sifat syukur, maka, kita akan sentiasa rasa kurang dan nak lagi sehingga akhirnya terjebak dengan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Muhammad Ammar turut berpendapat, kerajaan Malaysia perlu memberikan hukuman yang setimpal kepada pelaku rasuah seperti mana yang dilakukan oleh negara luar.

Iklan

"Di China, kalau seseorang itu didapati terlibat dengan rasuah walaupun satu sen lebih pun, mereka akan ditembak mati,” ujarnya.

Beliau menambah, pendidikan awal mengenai rasuah kepada kanak-kanak di peringkat sekolah dengan mengadakan kempen antirasuah dapat membantu dalam beri pendedahan mengenai bahaya perbuatan buruk itu lebih awal.

Melalui kaedah tersebut, jelasnya, secara langsung ia dapat menerapkan sifat moral dan integriti dalam kalangan masyarakat.

"Harapan saya dalam bulan mulia ini, kita tingkatkan keimanan kita ini untuk sama-sama melakukan amal kebajikan.

"Saban hari kita tengok orang yang selalu terpesong ini puncanya adalah orang sekeliling dan faktor kurang keimanan.

"Sebab itu kita meningkatkan amalan-amalan kepada kebaikan dan sebagainya. Jika kita penuhi dengan kebaikan dan sifat taqarrub itu, kita akan kurang terjerumus di dalam amalan-amalan rasuah ini, Insya-ALLAH,” jelasnya.