Hakis kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman pengkhianatan besar

Iklan
Mior Haidir (Kenyataan media Ketua Peguam Pejuang)

SHAH ALAM - Tindakan menghasut rakyat dengan niat untuk menghakis kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan merupakan satu pengkhianatan besar kepada keluhuran perundangan negara.

Ketua Peguam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mior Haidir berkata, tuduhan liar dilemparkan individu tertentu terhadap keperibadian hakim-hakim Mahkamah Tinggi hanya kerana keputusan kes tidak berpihak kepada individu yang berkepentingan merupakan satu serangan terhadap institusi kehakiman dan perundangan itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Rakyat tidak harus diperbodohkan oleh tindakan dan fitnah jahat yang dilemparkan oleh ahli politik yang hanya bersedia untuk memastikan kepentingan peribadi mereka terbela sekalipun fakta kes-kes tersebut telah dibentangkan di hadapan Mahkamah.

"Mereka ini juga telah dan masih diberikan ruang untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak bersalah.

Iklan

"Ada yang telah gagal dan ada yang masih mencari nyawa,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mior berkata, individu seperti kumpulan tersebut wajar dinilai semula tahap kesetiaan dan jiwa patriotik mereka terhadap negara ini.

Iklan

"Apa yang jelas, Peguam Pejuang akan terus mempertahankan integriti institusi kehakiman dan perundangan dengan semangat ‘without fear or favor’ sebagai tunjang asas pentadbiran negara berdemokrasi ini,” ujarnya.