Bersatu sertai 'khemah besar' pakatan politik rapuh: Najib

Iklan
Najib Tun Razak

PETALING JAYA - Satu pakatan yang rapuh, tidak selari dari segi ideologi dan juga dasar-dasar utama negara tidak mungkin kekal, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru menurut beliau, bukan mudah bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk berunding dengan mana-mana parti termasuk menyertai agenda ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Iklan
Iklan

Najib yang juga merupakan bekas Perdana Menteri berkata, ini berdasarkan gabungan parti pembangkang yang membentuk kerajaan sebelum ini terbukti rapuh dan tumbang selepas 22 bulan memerintah.

kesediaan berunding dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRU-15.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kerjasama antara parti penting bagi memastikan saingan satu lawan satu dengan BN pada PRU-15 sekali gus mengelak perpecahan undi.

Iklan

Dalam pada itu, Najib berkata, khemah besar itu tidak lebih sekadar satu gabungan sekadar untuk mengambil kesempatan semata-mata untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Ia lebih merupakan satu pakatan yang opurtunistik mengambil kesempatan sahaja semata-mata nak meraih kemenangan.

Iklan

"Tetapi asas untuk mereka tubuh satu kerajaan yang kukuh, vibal dan meyakinkan tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut percaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang dalam pilihan raya akan datang walaupun bertanding sendiri berdasarkan pengalaman parti itu di Melaka dan Johor.

"Walaupun tentangan mungkin lebih hebat tetapi InsyaALLAH UMNO dan BN akan terus istiqamah dalam perjuangan untuk kemenangan pada masa akan datang," tambahnya.