Polis pantau generasi media sosial menjurus fahaman radikal, ekstremis

Iklan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Polis mempunyai pasukan khusus yang memantau media sosial dalam usaha mencegah generasi warganet daripada terjebak dengan aktiviti golongan ekstremis yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara.

Menyedari pasukan keselamatan itu kini berdepan dengan generasi media sosial yang radikal dan jika tidak ditangani segera boleh menjurus kepada kegiatan ekstremis, Bahagian Counter Terrorism (E8) sentiasa memantau media sosial bagi mengenal pasti individu yang ‘berjinak-jinak’ dengan sebarang anasir radikal dan ektremis.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Normah Ishak berkata, pihaknya mengambil langkah mendekati individu terbabit sebagai pencegahan awal bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan golongan ektremis.

Beliau berkata generasi kini didapati lebih berminat mengikuti perkembangan berkaitan fahaman radikal serta menjurus kepada ekstremis di media sosial berbanding bersusah payah di lapangan sebagaimana puak ekstremis terdahulu.

Iklan

"Di Malaysia menjadi radikal bukan kesalahan (offence) tetapi ia mungkin titik mula menjadi ekstremis, jadi kita melakukan langkah pencegahan dari awal dengan masuk campur dan meneutralkan mereka yang dikenal pasti.

"Ada beberapa kes pencegahan ini kita laksanakan tahun lepas dan dua pada awal tahun ini dengan rata-rata mereka berusia lingkungan 20-an,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Bengkel Peranan Media dalam Meliputi Extremisme Ganas (CVE) dan Radikalisasi yang membawa kepada keganasan di ibu negara baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Jabatan Penjara, Wan Abdul Rahman Wan Yaman berkata sehingga 30 Mac lepas seramai 55 tahanan ditempatkan di penjara dengan seorang daripadanya adalah tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Menurutnya, tahanan radikal itu akan ditempatkan di bangunan berasingan dan menjalani program pembangunan insan menerusi empat elemen iaitu sikap, kemahiran, pengetahuan dan kerohanian yang dilaksanakan Jabatan Penjara.

"Kami ada kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan dan kelakuan tahanan terutama apabila adanya pertemuan dengan rakan dan keluarga mereka,” katanya. - Bernama