PEMAIN skuad Bawah 23 (B-23) negara perlu memanfaatkan sepenuhnya perlawanan persahabatan berdepan Timor Leste pada Jumaat sebaiknya bagi merebut slot senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA Hanoi 2021, Mei depan.
Perkara itu ditegaskan pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney yang mahu memastikan para pemain yang diturunkan mempamerkan aksi mantap dengan membuktikan kemampuan masing-masing.
Malah menurutnya, situasi itu juga bakal memudahkan lagi urusan pemilihan pemain dibuat dengan memastikan hanya pemain yang benar-benar layak dipilih untuk beraksi pada temasya dwi tahunan berkenaan kali ini.
"Semua pemain perlu merebut peluang besar ini untuk berada dalam senarai akhir 20 pemain yang akan beraksi di Sukan SEA Hanoi 2021.
"Mereka diharap bersedia untuk beraksi berdepan Timor Leste esok (Jumaat) dan bagi saya peluang ini perlu dimanfaatkan sebaiknya agar mereka dapat merebut tempat dalam pasukan nanti.
"Selepas berdepan Timor Leste kita akan berdepan pula dengan Filipina pada 1 Mei dan ia merupakan peluang terakhir kepada pemain untuk mempamerkan kemampuan masing-masing sebelum kita memuktamadkan 20 pemain yang bakal beraksi,” katanya pada Rabu.
Untuk rekod, sehingga berita ini ditulis seramai 17 daripada 31 pemain sudah pun melapor diri bagi mengikuti kem latihan pusat skuad B-23 manakala baki pemain lain bakal melapor diri secara berperingkat selepas masing-masing selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing.
Mengulas lanjut, Maloney berkata, dia gembira apabila dapat mengumpulkan sebahagian besar pemain pada kem latihan pusat berkenaan.
Katanya, biarpun ada beberapa kelab yang bakal kehilangan khidmat beberapa namun kesediaan melepaskan pemain-pemain bagi mengikuti sesi latihan pusat berkenaan amat dihargai.
"Kita amat menghargai kehadiran pemain-pemain ini. Memang sesuatu yang bagus apabila kita dapat mengumpulkan pemain-pemain core (utama), ini bersama, walaupun bukan melibatkan kesemua pemain.
"Apa pun, kita akan tetap cuba memberikan aksi yang terbaik bagi menghasilkan keputusan yang positif pada dua aksi persahabatan nanti sebelum berlepas ke Hanoi,” katanya.
Mengulas mengenai sesi latihan yang diadakan, Maloney menegaskan ia sudah pun memasuki ke fasa melibatkan faktor-faktor teknikal.
Malah katanya, ketika ini faktor kecergasan pemain turut diberikan keutamaan bagi memastikan sentiasa dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk beraksi pada bila-bila masa diperlukan kelak.
"Selain faktor teknikal serta kecergasan, kita juga juga memberikan penekanan kepada faktor keserasian pemain dan kita berharap kesemua pemain dapat membentuk keserasian berkenaan.
"Diharapkan keserasian yang diwujudkan pemain-pemain muda negara ini akan membantu persiapan kita ke Sukan SEA Hanoi nanti,” katanya.