KAMPUNG GAJAH - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu mendakwa dicabul bapa saudaranya di sebuah rumah kosong di Changkat Lada, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa berusia 13 tahun dikatakan dibawa oleh bapa saudaranya ke fasa empat Changkat Lada untuk mengambil senarai nama katering.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, bapa saudaranya yang berusia 27 tahun itu membawanya ke sebuah rumah kosong sebelum bertindak menanggalkan seluar mangsa serta mencabulnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki yang tidak bekerja itu turut meraba seluruh badan mangsa dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan remaja itu sebanyak tiga kali.
"Apabila selesai suspek telah membawa pengadu pulang ke rumah kerana mereka tinggal serumah namun keesokannya (Sabtu) suspek sekali lagi membawa mangsa ke kawasan perumahan sama tetapi dia sempat melarikan diri.
"Mangsa dijaga oleh ibunya setelah kematian bapa dan lelaki terbabit tinggal bersama mereka. Tangkapan telah dilakukan terhadap suspek pada jam 9.15 malam semalam di rumah mereka," katanya.
Menurut Mohamad Zainal, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan lelaki itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.