Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, laluan tersebut melibatkan pengguna dari Kuala Terengganu atau Pasir Puteh ke Kota Bharu; Pasir Puteh ke Machang atau Gerik dan Kota Bharu ke Kuala Terengganu.
Katanya, bagi pengguna dari Kuala Terengganu atau Pasir Puteh ke Kota Bharu boleh menggunakan Laluan Jerteh- simpang Wakaf Lichung - Jalan Pasir Puteh melalui Machang / Gerik ke Kota Bharu.
"Laluan Kuala Besut - Tok Bali - Melawi ke Kota Bharu. Laluan Pasir Puteh - Beris Lalang - Jelawat ke Kota Bharu. Laluan Pasir Puteh - Jelor - Gunung ke Kota Bharu.
"Laluan Pasir Puteh - Wakaf Bunut - Kedai Menanti - Pak Badol ke Melor. Laluan Pasir Puteh - Jerus ke Kok Lanas,” katanya dalam satu kenyataan kepada akhbar, di sini, pada Jumaat.
Menurutnya, pengguna dari Pasir Puteh ke Machang / Gerik pula boleh menggunakan laluan Pasir Puteh - Telosan Ke Machang, laluan Pasir Puteh - Gaal - Kampung Bukit ke Machang, laluan Pasir Puteh - Jeram Pasu - Chenggal Pulas ke Machang dan laluan Pasir Puteh - Wakaf Lichung Ke Machang.
"Bagi pengguna dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu boleh melalui laluan Melawi - Tok Bali ke Kuala Besut dan laluan Machang - Wakaf Lichung melalui Bukit Yong ke Jerteh.
"Laluan Pasir Puteh melalui Semerak - Dalam Rhu melalui Pachakan ke Kuala Besut dan laluan Kota Bharu melalui Bypass Pasir Puteh - Bandar Baru Pasir Puteh ke Jerteh,” katanya.
Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai supaya bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan jalan raya dalam menentukan perjalanan yang selamat dan lancar semasa musim Aidilfitri.
"Polis turut mengenal pasti dua lokasi kerap berlaku kemalangan di daerah Pasir Puteh iaitu Kilometer 48 hingga Kilometer 51 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Simpang Wakaf Raja menghala sempadan Bukit Yong.
"Kilometer 31 hingga Kilometer 33 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Bukit Abal menghala Sungai Kelong,” katanya.
Tambah beliau, empat jalan di daerah tersebut turut dijangka berlaku kesesakan pada musim perayaan iaitu di simpang tiga Sri Aman dari Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.
"Simpang tiga Isyarat Wakaf Lichung dari Machang menghala ke Kuala Terengganu dan simpang tiga di Tok Bali di Pasir Puteh menghala ke Kuala Besut dan simpang empat Dalam Kemunting dari Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu,” katanya.