Jurukimpal didakwa cabul remaja perempuan

Iklan
Tertuduh (tengah) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas didakwa.

KOTA BHARU - Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 18 tahun awal bulan ini.

Tuduhan terhadap tertuduh, Mohamad Haziemin Zulkifeli, 24, dibacakan di hadapan Majistret, Kamarul Hasyime Rosli.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul remaja perempuan yang berusia 18 tahun di tepi jalan di Kok Lanas di sini pada jam 1.45 petang, 8 Mac lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ho Zee Xing menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Tertuduh melalui peguam awam kemudian memohon jaminan paling minimum dengan mengambil kira latar belakang keluargannya.

Iklan

"Tertuduh juga sering mengalami sakit kepala kerana pernah terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak dibenarkan menganggu mangsa.

Sebutan semula ditetapkan pada 21 April depan.