JPKKB turun padang, pujuk penyewa bayar sewa

Iklan
Sesi bersemuka bersama penduduk PPR Kerinchi, Lembah Pantai yang mempunyai tunggakan tinggi.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) turun padang bertemu penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai di sini yang dikesan mempunyai tunggakan sewa tinggi.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook berkata, sesi bersemuka yang diadakan itu sebagai inisiatif memujuk penyewa untuk menjelaskan tunggakan sewa.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sesi bersemuka tersebut bagi memberikan peringatan mengenai tanggungjawab menjelaskan bayaran sewa setiap bulan.

"Tindakan boleh dikenakan di atas kegagalan membayar sewa. Penyewa patut menghargai kemudahan tempat tinggal yang diberikan dengan kadar sewa yang paling rendah," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Program berlangsung pada Selasa itu turut dihadiri Pengarah JPKKB, Ismadi Sakirin.

Tambah kenyataan itu, sesi lawatan ke unit turut diadakan ke atas penyewa yang gagal menghadiri sesi bersemuka tersebut.

Iklan

Kata kenyataan itu, program sama akan diteruskan ke kawasan-kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR lain dari semasa ke semasa.

"Ia bertujuan menjejaki penyewa yang culas menjelaskan bayaran sewa dengan tunggakan yang tinggi.

"Pendekatan ini juga bagi mengenalpasti secara langsung sebab kegagalan mereka melunaskan bayaran sewa," kata kenyataan itu.