100,000 kenderaan dijangka guna laluan FR5 pulang beraya

Iklan
Agus Salim (kiri) beramah mesra dengan pengguna jalan raya semasa Majlis Pelancaran Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri IPD Sabak Bernam di Kilometer 71 Jalan Teluk Intan-Klang pada Jumaat.

SHAH ALAM - Sebanyak 100,000 kenderaan dijangka menggunakan Jalan Persekutuan 5 (FR5) menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, terdapat pertambahan bilangan kenderaan tiga kali ganda pada musim perayaan ini berbanding pada hari biasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, faktor FR5 yang dinaik taraf sepenuhnya dan menjadi laluan ke Perak antara punca peningkatan jumlah kenderaan terbabit.

"Pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya mengundang kepada peningkatan risiko kemalangan," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di Kilometer 71 Jalan Teluk Intan-Klang di sini pada Jumaat.

Iklan

Agus Salim berkata, polis akan membuat pemantauan bagi membantu dan melancarkan perjalanan orang ramai yang pulang ke kampung.

Katanya, terdapat tiga konsep pendekatan operasi dilaksanakan iaitu secara statik, mudah alih (mobile) dan penguatkuasaan.

Iklan

Ujar beliau, operasi secara statik dilakukan dengan menempatkan pegawai dan anggota berada di lokasi menggunakan payung setiap dua jam mengikut kesesuaian.

"Perlaksanaan secara mobile pula dilaksanakan secara bergerak ke lokasi lain selepas dua jam dengan menggunakan kenderaan.

"Selain itu, kaedah penguatkuasaan tegas juga dilaksanakan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang," katanya.

Dalam pada itu, katanya, cuti anggota dan pegawai polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Sabak Bernam dibekukan bagi membantu kelancaran Op Selamat.

"Cuti lain-lain bahagian di IPD Sabak Bernam ini hanya 10 peratus sahaja dibekukan dan dilakukan secara penggiliran dalam satu masa," katanya