PUTRAJAYA - Fenomena gerhana matahari separa akan berlaku pada 1 Mei 2022 mulai jam 2.45 pagi dan berakhir pada 6.37 pagi waktu Malaysia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi kenyataannya memaklumkan fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia tetapi boleh dilihat di kebanyakan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan benua Amerika Selatan.
Iklan
Iklan
Kementerian menerusi Planetarium Negara akan membuat penstriman langsung melalui saluran YouTube dan Facebook Planetarium Negara pada 1 Mei 2022 bermula jam 2.30 pagi bagi membawakan imej-imej gerhana secara langsung dari teleskop berdekatan kawasan kejadian.
"Fenomena ini merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
MOSTI berkata, siaran langsung itu akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan fenomena tersebut pada kali ini.
"Fenomena kali ini tidak dapat disaksikan secara terus dari mana-mana lokasi di Malaysia.
"Seluruh Keluarga Malaysia dijemput untuk menyaksikan fenomena alam ini," katanya.