Kereta Berhias Untuk Takbir Raya

Iklan
Penduduk Kampung Sungai Tiram gembira bermain bunga api bersama anak mereka ketika menaiki lori yang dihias menyerupai masjid.

Komuniti Kampung Sungai Tiram di sini, mencipta kelainan tersendiri dengan mengalunkan takbir Hari Raya Aidilfitri pada setiap malam raya sambil berarak menaiki lori yang dihias menyerupai masjid.

Idea untuk mengadakan perarakan itu tercetus bagi menarik anak-anak muda daripada berhimpun atau melepak di kampung tanpa sebarang faedah pada malam raya. - Foto Bernama.