'Kenaikan harga ayam, sayur tidak dapat dielakkan' - Peniaga

Iklan
Alina memaklumkan kenaikan harga sayur-sayuran sememangnya tidak dapat dielakkan di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Kenaikan harga barang melibatkan ayam, daging dan sayur-sayuran di bandar raya ini menjelang Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun menurut peniaga di Pasar Awam Larkin di sini, kenaikan harga tersebut tidak terlalu mendadak atau tinggi hingga membebankan pengguna.

Iklan
Iklan

Siti Aisyah Ismail, 25, berkata, mereka tidak menaikkan harga sesuka hati sebaliknya kerana faktor semasa yang tidak dapat dielakkan termasuk kos penghantaran.

Siti Aisyah menyusun sayur dan barang-barang jualannya di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru pada Jumaat.

"Kami dapat bekalan daripada pemborong contohnya sayur-sayuran dengan harga yang sudah naik. Disebabkan itu, kenaikan harga sayur antara RM2 hingga RM3 memang tidak dapat dielakkan.

Iklan

"Peniaga di pasar ini kembali bernafas lega selepas sempadan antarabangsa dibuka terutama pelanggan dari Singapura yang kembali berbelanja di sini," katanya ketika ditemui pemberita di pasar tersebut pada Jumaat.

Bagi Alina Mohd Aris, 57, pula, dia terpaksa berurus niaga dengan empat pemborong sayur untuk mendapatkan harga yang murah sebelum menjualnya kepada pelanggan.

Iklan

Dia juga membeli secara terus daripada mereka yang menghantar sayur-sayuran ke kedainya untuk mendapatkan harga lebih murah berbanding harga yang ditawarkan pihak pemborong.

"Pemborong kadang-kadang main harga, disebabkan tiada pilihan peniaga terpaksa membelinya. Pelanggan pula yang tidak faham akan merungut dan kompelin kata harga sayur naik. Ini termasuk pelanggan dari Singapura yang terkejut bila lihat harga sayur tak sama sebelum mereka beli di sini dulu.

"Contohnya macam mana saya nak jual terung dengan harga RM7.50 sekilo kalau saya dapat daripada pemborong dengan harga RM7.50 juga. Kadang-kadang nak untung 50 sen pun susah, pelanggan dah bising," katanya.

Bagi peniaga ayam, Hassan Abu, 57, dia terpaksa menjual ayam dengan harga RM9.90 sekilo berbanding RM8.90 sekilo seperti yang ditetapkan kerajaan.

Hassan (kiri) berusus niaga dengan pelanggannya yang datang membeli di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru pada Jumaat.

"Macam mana nak jual RM8.90 sekilo sedangkan kita dapat daripada pemborong pun dengan harga itu," soalnya.

Tambahnya, bekalan ayam menjelang Aidilfitri adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang termasuk tidak perlu melakukan pembelian panik.

Menurutnya, perniagaan di pasar tersebut semakin pulih sejak sempadan dibuka pada awal bulan ini berbanding sebelum ini hingga mengakibatkan ramai peniaga ayam gulung tikar.