KPLB kaji kadar elaun pelajar tajaan Mara luar negara

Iklan
Mahdzir - Foto Bernama

KUALA NERANG - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengkaji kadar elaun tajaan pelajar Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara terutamanya di United Kingdom (UK) dan Ireland yang terbeban akibat kos sara hidup tinggi.

Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian tersebut memahami peningkatan kos hidup di kedua-dua tempat itu dan kini sedang mengumpul maklumat jumlah pelajar Malaysia tajaan Mara yang berada di sana.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KPLB sedang melaksanakan kajian bersama beberapa penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bank Negara Malaysia (BNM), TNB serta Petronas dan hasil kajian akan dibawa ke peringkat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

"Kos kehidupan pelajar kita yang berada di UK dan Ireland sangat tinggi. Kita tengah membuat kajian dengan penaja lain bagi mendapat maklumat terperinci tentang kos peningkatan hidup ini.

Iklan

"Baki jumlah tajaan yang tinggal (selepas membayar keperluan belajar di UK dan Ireland) digunakan pelajar itu menguruskan diri, bayar sewa rumah, pelbagai bil, makan dan pengangkutan.

"Dulu, empat pelajar boleh sewa sebuah rumah tapi sekarang mereka perlu lebih ramai dalam sebuah rumah untuk tanggung kos yang tinggi, tentunya mereka tidak selesa," katanya di sidang akhbar pada Jumaat.

Iklan
pelajar tajaan JPA-Mara selepas elaun mereka tidak berubah sejak 2012.

Mahdzir sebelum itu menyertai Program Bubur Lambuk KPLB anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di jalan utama Pokok Sena-Kuala Nerang, dekat sini.