Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mulai sesak

Iklan
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melaporkan kesesakan di Plaza Tol Gombak. - Foto LLM Trafik

SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mula sesak sepanjang 17.4 kilometer (KM) selepas Plaza Tol Gombak hingga KM37.2 Genting Sempah setakat jam 5.32 petang tadi.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat memaklumkan, turut mengalami kesesakan sepanjang dua kilometer adalah trafik dari KM48.9 Bukit Lentang hingga KM50.9 Lentang.

Iklan
Iklan

Menurut LPT, trafik juga dilaporkan sesak sepanjang 1.3km dari KM53.5 hingga KM54.8 Lentang.

"Kesesakan ini berikutan daripada pertambahan kenderaan menghala ke pantai timur.

Iklan

"Trafik di LPT1 lancar di sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala," menurut ciapan tersebut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sebanyak lima juta kenderaan akan berada di seluruh lebuh raya negara bermula Jumaat untuk pulang ke kampung bagi sambutan perayaan Aidilfitri 3 Mei depan.

Iklan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain pada Jumaat berkata, trend peningkatan itu dikesan terutama di Lembah Klang disebabkan pergerakan orang ramai untuk persiapan raya.

Menurutnya, pergerakan akan mula sesak apabila orang ramai mula pulang ke pantai timur, utara dan selatan.