Paulus Firman tinggalkan BAM untuk bersama keluarga

Iklan
Paulus Firman

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Jumaat mengesahkan jurulatih beregu campurannya, Paulus Firman tidak memperbaharui kontrak dengan badan induk badminton negara itu.

Menurut Pengarah Kejurulatihan (Beregu) BAM, Rexy Mainaky, Paulus tidak memperbaharui kontraknya kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Paulus atas peranan yang dimainkannya baik dalam beregu campuran dan beregu lelaki.

"Namun kini, Paulus menegaskan yang dia mahu meluangkan lebih masa bersama keluarganya di Indonesia dan oleh itu, dia dilepaskan dengan ucapan ribuan terima kasih daripada setiap orang di BAM.

Iklan

"Kini, kami sedang mengenal pasti calon bersesuaian yang mampu membina momentum dan kerja bagus yang ditinggalkan Paulus," katanya.

Untuk rekod sejak kembali ke negara ini pada 2018, Paulus banyak membantu kejayaan beregu campuran dan beregu lelaki.

Iklan

Sementara itu, ketika mengulas mengenai keputusannya tidak memperbaharui kontrak dengan BAM, Paulus berkata, keputusannya itu dibuat setelah dipertimbangkan dengan teliti.

"Selepas pertimbangan teliti, saya memutuskan untuk tidak menerima pembaharuan kontrak. Bagi saya, keluarga saya adalah yang paling utama.

"Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana berpeluang berkhidmat bersama BAM sejak empat tahun lalu.

"Apa pun, ketika ini saya hanya berehat seketika daripada sukan dan meluangkan lebih masa bersama ibu bapa, keluarga dan anak-anak saya,” katanya.