NILAI - Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor, mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.