SELANGOR FC meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebentar tadi.
Beraksi di laman sendiri, skuad The Red Giants itu berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang import berbisa, Herlison Caion pada minit ke-32.
Iklan
Iklan
Bersambung babak kedua, giliran seorang lagi pemain import Selangor FC, Henrique Hyuri merobek gawang Sri Pahang pada minit ke-52.
Berselang 10 minit kemudian, Sri Pahang berjaya merapatkan jurang apabila pemain tengah, Nor Azam Azih meledak gol pada minit ke-62.
Ketika skuad Tok Gajah ghairah memburu gol penyamaan, Selangor FC menambah gol ketiga hasil jaringan pemain import dari Jordan, Yazan Al-Arab pada minit ke-75.
Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor FC menghuni tangga kelima apabila meraih lapan mata manakala Sri Pahang di tangga kesembilan dengan empat mata.
Artikel Berkaitan