Taliban: UMNO ambil tindakan undang-undang

Iklan
Annuar

KUALA LUMPUR - UMNO akan memulakan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat dari parti tertentu yang mengaitkan UMNO dengan Taliban.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di laman Twitternya, hari ini.

Iklan
Iklan

"UMNO memutuskan untuk memulakan satu tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat parti tertentu yang cuba mengaitkan dan memfitnah UMNO dengan Taliban, baru-baru ini.

"Saya telah menandatangani surat mandat kepada sebuah firma guaman pagi ini untuk tindakan seterusnya," katanya.

Iklan

Walaupun tidak menyatakan nama wakil rakyat itu, Annuar dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan berkata, kerjasama Pas-UMNO akan menjadikan Malaysia negara Taliban.

Iklan

Kenyataan Kor Ming tersebut dikecam pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang turut menggesa beliau meminta maaf.

ARTIKEL BERKAITAN:

Satu lagi kenyataan rasis, cauvinis: Asyraf Wajdi

Ucapan Nga Kor Ming berniat jahat: Mohd Khairuddin