LUAS siasat pencemaran bau di muka sauk LRA Sungai Semenyih

Iklan
Pemeriksaan dijalankan berikutan berlaku pencemaran bau di muka sauk LRA Sungai Semenyih (Jenderam Hilir) pada jam 12.30 tengah hari Sabtu.

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan berhubung pencemaran bau seakan diesel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih (Jenderam Hilir) pada jam 12.30 tengah hari Sabtu.

LUAS melalui kenyataan di Facebook pada Sabtu memaklumkan, pencemaran itu dilaporkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada jam 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurut LUAS, berdasarkan pemantauan statik LUAS sekitar 1.5 kilometer daripada muka sauk menunjukkan bacaan 0 ton.

"Siasatan pencemaran bau sedang dijalankan oleh LUAS ke beberapa lokasi yang mungkin menjadi punca pencemaran tersebut," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, LUAS memberitahu, pemantauan semasa status air sungai dilakukan bagi meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada 1 jam kepada 30 minit.

"Sebarang maklumat akan diberitahu dari masa ke masa," katanya.

Iklan