Skuad B-23 tekad bangkit perbaiki rentak

Iklan
Maloney memberi arahan kepada anak-anak buahnya ketika aksi persahabatan menentang skuad B-23 Timor Leste di Stadium UiTM, Shah Alam pada Jumaat. - Foto Facebook FAM

SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara harus memberikan respons pantas selepas kekalahan 1-2 kepada Timor Leste dalam aksi persahabatan di Stadium UiTM, Shah Alam pada Jumaat.

Pengendali negara, Brad Maloney berkata, kekalahan itu bukan sahaja menjadi satu titik kebangkitan buat skuad bimbingannya, sebaliknya beliau menuntut anak-anak buahnya mempamerkan karakter ketika menangani situasi seperti kekalahan kepada Timor Leste.

Iklan
Iklan

"Sebagai jurulatih, sudah pasti saya juga kecewa dengan kekalahan di tangan skuad B-23 Timor Leste. Tetapi kami perlu proaktif dan selidik dengan segera berhubung kekurangan atau kelemahan pasukan.

"Namun, saya kekal optimis bahawa pasukan muda negara ini masih memiliki potensi yang mana kekalahan itu kami harus cepat memberikan respons untuk persembahan akan datang.

Iklan

"Kami masih ada memiliki masa untuk berbuat sesuatu dan seperti saya katakan tadi, kekalahan kepada Timo Leste telah memberikan signal serta sepatutnya dijadikan medan kebangkitan,” katanya.

Pada masa sama, Maloney berkata, beliau tidak panik dengan keputusan perlawanan itu yang dijadikan medan eksperimen buat menguji dan mencari persefahaman antara pemain.

Iklan

"Ini bukan gambaran sebenar kekuatan kita kerana pasukan sedang dalam proses pembentukan. Kita masih dalam peringkat eksperimen apabila ramai lagi pemain belum melaporkan diri,” ujarnya.

Dalam aksi persahabatan secara tertutup itu, skuad negara yang kini dalam persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi 2021, ketinggalan menerusi jaringan Elias Joao Da Costa pada minit ke-51 sebelum Faiz Amer Runnizar menyamakan kedudukan 15 minit kemudian.

Memasuki minit ke-77, benteng skuad negara bocor lagi apabila Jhon Frith Ornai mencetak namanya selaku penjaring, sekali gus kedudukan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat.

Anak-anak buah Maloney akan turun menentang skuad B-23 Filipina pada Isnin yang merupakan aksi persahabatan terakhir sebelum mereka berangkat ke Hanoi 4 Mei ini.